-->

Si Mata Layu Story

HELLO STALKER ! WATCH OUT !

Sunday, 17 March 2013

OH RESULT!

Bismillahirahmanirahhim..



Lamanya tak jenguk blog ni. Rindu bebenor laa nak update. Biasa laa, sibuk dengan kerja lagi, tambah tambah PBS. Ingatkan wujudnya PBS ni mengurangkan beban pelajar tapi sebaliknya menambahkan beban pelajar ade laa. sadlife -,-. Tiga hari aku tak tido semata-mata nak siapkan benda alah tu. Cikgu pulak nak dengan kadar segera. Cikguu, kami bukan robot nak siap dengan secepat mungkin. Tapi syukur alhamdulillah, akhirnya siap jugak kerja projek PA ni. Harap cikguu tak suruh perbaiki pape. 


 So now,tangan ni dah tergedik-gedik nak taip macam-macam. Hari ni nak cite pasal ape eh? hmmm, cuba tengok tajuk di atas tu? "OH RESULT". Kenapa tibe2 nak cite pasal result eh? hmmm, just nak bagitahu tarikh result STPM Penggal 1 akan keluar pada tarikh 21 Mac ni. Takutnyaaaaa! Dah la masa exam penggal 1 aku buat halai balai je. Maksud aku tak ambek serius laa yang betapa pentingnya penggal 1. Kononnya, masuk sem 2 nanti bole cover sem 1 laa. Tapi bila dah masuk sem 2 rasa macam tak dapat nak cover for sem 1 laa. OH MY GUCCI ! Sem 2 pun susah jugakkk. Tak guna menyesal dah cik kema oii. Kalau result sem 1 tidak memuaskan, bermakna kena repeat laa. Malasnya nak repeat. Hati ni berdebar -debar menunggu hari keputusan. Mak aku pulak dah sibuk tanya 'bila result keluar? SPM khamis ni, STPM bila pulak'? adoii mak, kakak bukan taknak bagitau, kakak cuma takut nak bagitahu. huhu . Harap sangat keputusan sem 1 memuaskan hati.



Nak ikutkan hati ni tak gembira langsung. entahlaa, macam-macam masalah yang datang dalam bulan Mac ni. Masalah apa tu, taktau la nak cite camne. Hanya tuhan saja yang tahu. Aku hanya mampu berserah padaNYA. Macam mane nak endingkan kata-kata aku sebelum keluar dari blog ni ? Macam ni kot .. ehemm, byeee. *hahaha
Posted by Unknown at 06:50 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

About Me
◕‿◕Call me Akma or Wawa ◕‿◕ 11 Mei 1994 ◕‿◕ Stay Sungai Petani Town

My Beloved Mom ❤

Me and my sistaa yang gedik (◕^^◕)

Bestfriend

Bestfriend
Farah n me

Bestfriend

Bestfriend
Shuhada n me

Bestfriend

Bestfriend
Me n Tehah (tea ais )

Blog Archive

  • ▼  2013 (9)
    • ►  December (1)
    • ►  October (4)
    • ►  April (2)
    • ▼  March (1)
      • OH RESULT!
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  December (6)

Terima Kasih

Terima Kasih

Followers

SiMataLayu.blogspot. Travel theme. Powered by Blogger.
I LOVE BLOG SI MATA LAYU