-->

Si Mata Layu Story

HELLO STALKER ! WATCH OUT !

Wednesday, 23 October 2013

MASA HADAPAN ....

Assalamualaikum ...


Hari ni aku curi masa sikit untuk update blog kesayangan aku ni. Minggu ni minggu paling busy bagi aku. Yelaa, tak lama lagi aku akan menghadapi peperiksaan semester terakhir yang bakal tiba tak lama lagi. Less than two weeks from now . Hewwww takuttt dah rasanyaa sekarang. Exam semester 3 start 6 nov nihh, sedangkan aku still lagi goyang kaki goyang kepalaa. Aduuhaiii akmaa, bila ko nak sedar sedar ni. Exam tak lama lagi ni. Ya Allah, aku mohon kepadaMu berikan aku kesedaran agar aku nampak masa hadapan. Macam mana aku nak nampak masa hadapaan kalau dah sekarang ni pun aku tak berusaha bersungguh. Duhhh ! Kena kat akuuu balikkk. Cakap pasal masa depan nihh aku memanng tak nampak lagi tanda-tanda yang bakal tiba tak lama lagi. Feel like takde masa depan laa. Target aku nak sambung ijazah punn macam tipis je. Ye laa, result STPM aku pun bukan lahh gempak sangat. Setengah orang , result tak bagus pun dapat masuk U jugak. Ada jugak yang result dia cemerlang tak dapat mana-mana. Orang kata itu semua terletak pada rezeki masing-masing. Yeahhh that is true. Kalau kita sentiasa berdoa kepada Allah, inshaa Allah ada lahh rezeki kitaa. Sekarang aku dah mula berfikir masa depan akuu. Apalaa aku akan buat selepas aku tamat pengajian tingkatann 6 ni. Dulu aku ada angan-angan kononnya after study ni aku boleh kerja sebagai akauntan. Acewahhh, seriusly memang aku suka sangat2 akauntan ni. Angan-angan since aku form 5 lagi. Tapi sekarang angan2 tu terhapus sejak aku masuk form6. Ni pun sebab akaun yang aku belajar di tingkatan 6 ni buat aku rasa benci nak jadi akuntan, hmmm susah pulak akaun kali nih. Nyesal lak ambek subjek akaun. Nak buat mcm manaa, no choice. Now aku takde hala tuju after study form 6 ni. Hmmm hmmm. Entah dapat ke tidak aku sambung belajar . Depends pada rezeki aku jugak. Tak dapat nak ramalkan sebab itu semua ketentuan Allah. Jadi sekarang aku kena fokus pada belajar duluu. Cakap pasal belajar nii, aku dah semakin malass dan malass. Aduyaiii, exam semakin dekat semakin aku malas. Ohhhh kenapaa harus jadi beginiii. Wahaiii musuhku yang bernama *malas* nyahh kau dari hidupku. Pulangkan *rajin* aku balikkkk.. HaHaHA! Macam mana aku nak berjaya kalau sikap aku yang makin malas ni. Yang aku pening sekarang ni macam mana aku nak elakkan dari bersikap malas ni. Anyone ? Kena search dalam internet laa jawabnya kalau nak tahu jawapan. Aku taktahu nak tulis apa lagii dah. No ideaaa. Fikiran buntu tengah fikir macam-macam. Setakat ni jje kottt luahan hati aku untuk hari ni. Kalau nak story yang best tunggu afterr exammmmmmm naaaaaa. Wish me luck !



Sekiannnnn......
Posted by Unknown at 01:39 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 12 October 2013

TERSENTAP !

ASSALMUALAIKUM..





HARI INI AKU SENTAP SANGAT DENGAN SESEORANG. SENTAP K SENTAP 








SEKIAN..

Posted by Unknown at 11:36 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 2 October 2013

PENGGANTI BARU ??

Assalamualaikum warahmatullah ..


Hai guysss. I come again. Hehehe. Okayyy, satu malam aku update 2 ceritaa. Hebatt kau senahhh. Well, actually mood nak update tu datang secara mengejut tambahan banyak pulak idea nak ceritaa disini. Lagipunn aku memang tak boleh nak tido lagiii. Ni kess rindu someone laa nihhh. Aceyyyyyyy. Hikhik. Okay, tajuk entry kali ni is pengganti baru? Jeng jengg jengg.. Macam best pulak tajuk nii. Kenapa aku buat tajuk nihh? Haa, memang ade cerita aku nak gtau korang semuaa. Macam mana yerk nak mulakan cerita.. Hemm, okay.. Pada suatu hariii..... (skema pulak ) hehehe. Okay aku akan cerita dari awal hiingga sekarang.

Masa aku baru masuk tingkatan 6 nihh, ramai jugak aku dapat kenalan baru dari sekolah yang berlainan. Misalnya, dari sekolah bandar, sekolah amanjaya, sekolah teknik dan sekolah taman ria jaya (sekolah aku).. Masa tu jugak laa duk usha2 laki hat mana yang hensem . Kikiki gatal ko kemaaa. Lepas dah kenal semuanyaa, bermula laa sesi meng'add friend'kan orang .. Ada laa suatu hari tu, aku add someone nii kononnya nak berkenalan laa. Kay no respon from him. Mybe dia tak on fb kot masa tu. Okay aku tunggu dalam 3 hari . Lepas 3 hari aku on fb kot kot laa ada respon. Dukacitanyaa, no respon lagi dari diaa. Okay takpee, mybe dia tak perasan. Aku cancel laa friend ruquest and add dia balik . Tunggu lagii, dia tak approve jugak. Okayy, aku rilekkss sister, sister rileksss. Aku add dia lagi, ni seriusss last aku add diaaa.Aku sabar tunggu , tunggu dan tunggu. Ada satu kali aku tgok dia friend dengan kawan-kawan aku. Sedangkan aku tidakkkk. Ahhh, betapa sakitnyaa hati aku time tuuuu sampai tak terkataa. Tanpa fikir panjang lagi, aku terus cancel friend ruquest tuu. Tak kuasa lagi aku jadi kawan diaa ( masa tu je jadi benci) ..Ada laa jugak hati ni nak block diaa, tp tak sampai hati .. Masa tu aku baru sem 1.


Okay bila masuk sem 2, orang yang aku add tak approve tu tiba2 makin lama makin rapat dengan aku sehingga laa sekarang , hehehe.. Suatu petang tu terdetik hati ni nak on fb .Tiba-tiba orang yang aku add tp tak approve tu add aku balik. Aku sangattt laa heran time tu, dengan sepantas kilat , guruh, puting beliung semua laaa aku terus approve diaa. Nampak takk permainan diaa .. HAHAHA ! Time tu hepi tak terkataa. Okay sejak dia add aku tu hubungan aku dengan dia makin lama makin rapatt. Aku senang berkawan dengan diaa. Dia suka buat org tersenyum dengan lawak dia tuuu.

Kitorang berkawan pun secara diam-diam kononnya taknak kecoh laaa. Tapi rahsia kitorang tak lamaa, akhirnyaa terbongkar jugak . HAHAHA. Kantoi jugak denggan kawan sendiri. Adoyaiiii akemaaaa, kau buat keja kantoi laaa. Macam mana boleh kantoi ? Okay ceni, aku ada masalah dengan pbs eko aku . Dia nak tolong aku , tp aku tolakkk sebab jual mahal laa. Dia teman aku study dalam library smbil tolong pbs eko. Sedang leka buat pbs, tiba-tiba kawan baik aku turun dari tingkat atas ternampak kami berdua study. Time tu taktau nak cakap kecut , lesu ,cuak  semacam dahhh . Okayy aku dengan dia rilekss lagi. Then, turun lagi sekor mamat dari kelas A3, nmpak kami berduaa. Datang pulak geng lower, datang lagi dak form5. haihh, time tu hanya mampu berdoaa sajaa. Risau bebenor ada org buat cerita nanti. Belum nak kata mmg dah buat dah ceritaa. Esok pergi sekolahh semua pakat perliiii . Aaaaaa malu tak terkataaaaa. Okay aku rilekss lagiiii ..Lepas tu kitorang pergi makan kat HOTMAS. Lepas makan tu aku rasa lega sikit sebab meluangkan masa bersama dengan si diaaa. Time tu baru laa ada bibik2 perasaan yang manihh2 datang dalam hatii, kekeke. Pendammm duluuuu. Kawan duluuuu. 


Ada satu malam tuu, tak ingat malam bilaaa. Aku dengan secara tiba2 cuba meluahkan perasaan aku kepada dia. Sungguh tak kusangaka tak kudugaa masa tuu. Malu tak terkataa.Berani kau kemaaa. Tapiiii.. lepas aku luah dia bg respon yang memberikan aku sedikit kekecewaan. Dia kata tak ready nak hubungan rapat (couple) sebab dia tak percaya kaum hawa sedangkan dalam masa yang sama dia sukaa aku. Aku sedikit keliru disituu. Lepas aku dengar semuaa tuu aku rasa mcm aku angkat bakul sendiri, aku tak nak bagi harapan kat dia langsung. Okay takpee aku terimaa kalau dia nak kawan dengan aku je. Janji aku taknak musuh . Tak lama kemudian tu, bermula laa message dengan kata-kata maniss. so sweet =) ..Ada laa dia kata yg budak lower suka diaa,suka kawal dia, aku cakp okay jee kalau dia sukaa, sedang hati ni bagai kan gunung berapi yang sedang meletussss. Ggggggrrrrr.Geram ya amat actually , ko dah laa takde hubungan dengan dia suka hati mak bapak laki tiri nenek ko jeee nak kawal diaaa. Marahhhh niiiiii. Jelessssssss....Okayyy cool akmaa. Sambung balik ceritaa. Hubungan aku makin rapat time pergi KL. Aceyyyyy kitorang dah tak heran date depan oranggg. hahaha.Time tu dah tak kesah org nak kata apaa. Time tu aku masih fikir lagi yang aku still kawan dengan diaa. Yang dia pulak ingat dah couple time tu. Aku dengan rasa hairan dan pelik tanya dia 'sejak bila awak lamar saya'. Dia ingat kalau message menggunakan ayat manih tu dah dikira couple. Aduhaiii sayanggg oii, bukan mcm tu laa awakk. Orang yang dah couple kalau someone tu mintak kita jadi pasangan dia , contohnya "sudikah awak pasangan hidup saya" . Like that laa sayangg. ayoooo, haha lawak laa dia tuuu. Its okay, mcm mana pun aku still terima diaa. Sekarang dengan rasminyaaa aku dengan dah ehemmm. 29 September 2013 is important date I must remember. Okay tarikh sejarah. 4 days already our relation. Aku ttak boleh nak agak hubungan aku dengan dia ni sampai bilaa. Jodoh tu terletak di tangan tuhan. Kalau dia tu betul-betul jodoh ku alhamdulillah yang mampu aku katakan. Seriusly aku bahagia sekarang =) ... Biarlah kisah kita tiada kesudahannyaa. Aceyyyyy jiwanggg. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 5 pagii. Gila kau akma tak tido lagii. Hmmm, mata pun dah bagi isyarat suruh tido. Huarghhhhhhhhh. Ni kalau si diaa tahu aku tido lambat serius kena ceramah 7 hari 7 malam , mybee. Hikhikhik sorry dear ;) .. Okey guys, ni je ceritaa aku untuk pagi nihhh. Untuk dengar cerita seterusnyaa tunggu episod yang akan datang. That's all from meee. Cekidout ~


Waalaikumussalam warahmatullah ....

Posted by Unknown at 13:59 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TRIP TO KL

 Assalamualaikum ....

     Yuhuuuuuuu, rinduuunyaa kat blog ni setelah sekian lama tidak update. Sekarang dengan secara tiba-tibanya mood nak update datangg. So , hi blog here I come .. Banyak story yang nak dikongsikan disini. Okay , aku akan ceritakan berdasarkan tajuk yang tertera kat atas tuuu. Apa entry kali nihh? Yeahhhhh, trip to kl with students Pra-U SMKBSP. Taktahu nak cakap macam mana betapa seronoknyaa berjalan-jalan bersama kengkawan . That is the best moments in my life that I will never forget . Amboi ko senahh 'speaking' nampak. Hahaha. Bukan senang nak berjalan-jalan ke tempat dengan kawan-kawan tambah2 lagi dengan ehemm. EHEMM? Oppssss. Taknak cerita lagi pasal tuu, kihkih. Okayy, now aku nak ceritaa dari awal sampai habis about trip to kl ni. Okayyyyy.. Lets start it ..

26 September 2013
10.00 a.m : Bertolak dari SMK Bandar to KL ( time ni hepi tak terkataa).Berapa jamm selepass tuu
                  kitorang berhenti dii  perhentian Sungai Perakk. Kat situ aku,farah n tehah kenaa tipu oleh stall
                  buahh. Kami beli buah dalam RM2, kat stall lain jual RM1 jee. Bebai sikit jee, hahaha.
5.30 p.m : Tiba di Wisma Belia Kuala Lumpur. Time for cop bilikk n pilih kawan bilik. Time ni aku bebai gila
                 gilaa. Aku merajuk dengan tehahh. Janji nak tido sebilik , even mcm mana pun takkan berpisahh.
                 Tapi terpisah jugakkk, takpe laa aku mengalah even sakit hatiiiiii .. Okayyy la jugak dapat sebilik
                 dengan geng kelass. Memang lagi gilaa dalam bilik tu , hahahah.
8.00 p.m : Bersama-bersama dengan fasililator UM (semua hensem n comel belaka). Kitorang dibahagikan
                 kepada kumpulan. Nasib baik aku dapat group dengan tehah. Kitorang mmg tak boleh berpisah.
                 Banyak permainan yang dianjurkan oleh fasi , havee fun. Then, ada ceramah dengan seorang
                 ustad dari kelantan. Korang nak tahuuu, hensem gileeee kottt ustad tuuuu. Tergugat iman oooo.
                 Akma rilekkksss k. Ko dah berpunyaa. hahaha
12.00 a.m: Selesai aktiviti bersama fasililator . Balik bilik tidur matiiii ...... Penatttt !


27 September 2013
7.45 a.m : Berkumpul untuk program yang seterusnyaa. Selesai makan pagi , terus melawat ke UM Library.
                Bebb.. aku nak cite kat sini, library UM memang terbaik laaa, terpegunn, terpesona ,terujaa n
                banyak terr lagi la. Canggih sikit jee. Selesai melawat library, kitorang terus melawat Muzium
                Art UM. Dalam muzium tu terdapat banyak lukisan Doodle n artifak2 bersejarah. Teruja jugak laa
                berada dalam tuu. Dalam muzium tidak dibenarkan mengambil gambar, tapi kitorang ada kesah ?
                Hahaha. Setakat sini je laa program kitorang dengan fasi sebab lepas ni kitorang akan pergi ke
                KUD (Karnival Usahawan Desa) di Putrajaya. Time ni sedih sikit, sbb tak jumpa dahh fasi2 yang
                banyak berkorban masa belajar diorang hanya kerana mengadakan pelbagai aktiviti kepada
                kitorang.
2.00p.m : Mula bergerak ke Putrajaya. Before tu kitorang dah solat jamak. Okay sampai sana kitorang
               pergi ke KUD. Haaa aku nak cite laa, sampai sana je aku dah jadi famess. Nak tau sebab apa?
               Orang kl ingat aaku ni Najwa Latif. Hahaha lawak. Masa aku lalu kat booth RTM ada sorg ni kata
               "haa, najwa latif dah datang untuk nyanyi lagu kosong" aku heran sbb dia usha aku. Ape lagi,
               aku terus lari tarik tangan tehah n farahh. Maluu kot nak nyanyi. Pastu, aku lalu kat depan DJ ape
               entah.. Dia kata ni "Ainan Tasnim ke ? Tapi muka mirip Najwa Latif. Datang sini jap nak tanya.
               Nak suruh nyanyi " akuuu malu gilaa smua org duk ushaa. Dah laa dia cakap pakai mic.Ayooo
6.30 p.m: Berehat di Tasik Putrajaya setelah penat shopping di KUD yang mahal banyak tuuu. Aku , tehah,
                farah,farhana lepak kat taman permainan untuk melepaskan ketensionan dengan menyanyi lagu
                sekolahh. Haha, sengal sikit jee.
8.00 p.m: Bertolak ke ICT Shah Alam. Okayy, aku disini nak kata first time aku masuk ICT. Cantik sangat
               lampu kat sana. Wahhh , rasa mcm nak bawak balik je lampu semua tu. Kat sana ada pelbagai
               permainan such as funfair laa. Aku naik spce walk. Okay time tu aku nak naik dengan tuttt, sbb
               aku takde geng. Farah naik dengan tehah, aku sorg2. Tp malangyaa aku tak nmpak diaa lgsung
               masa tuu.Lastly, aku naik dengan khairi. Then, aku naik kapal hayunn, ape ntah pggil,lupaaa.
               Memang best laaaa.
12.00 am : Bertolak pulang ke Wisma Beliaa. Sampai bilik tak ingat ape dahh. Tido tak ingat duniaa. haha


28 September 2013
9.30 a.m : Sarapan pagi setelah selesai pack barang untuk pulang. Time for bersalam-salaman dengan fasi.
                Bermula laa dramaa sedih. Huhuhu.Then, bertolak ke jalan TAR.. Shopping....
3.00 p.m: Selesai shopping , tiba masanyaa untuk bertolak semula ke Kedah =( ..
6.30 p.m: Berehat sebentar di perhentian Simpang Pulai. First time turun kat perhentian ni. Disitu jugak laa
               aku date dengan ehemm.. hepi sungguh even sat je.
9.00p.m : Last perhentian di Sg.Bakap .. Time ni laa aku frust sangat sebab aku tertinggal henfon atas flush
               dalam tandas. Huwaaaa nak nangisss. Mcm mana laa aku boleh cuai sangat ni. Malangnyaa nasib
               . Tak sangka akan jadi mcm nii. Betapa sayangnyaa aku terhadap henfon aku tuu. Henfon tu dah
                bawak banyak kenangan dalam hidup. Dah mcm bf aku dah henfon tu. Walaupun buruk, aku still
                sayanggg diaaa. My baby boo Nokia, I'm sorry tak jaga sebaik-baiknyaa even dah ada org pesan
                jaga barang elok2. Okay my fault =( ..
10.30 p.m : Tiba di SMK Bandar. Pulang dengan hati yang duka .. Berpisah dengan org tersayanggg..


That's all a story of journey to KL.. Puas hati jugak laaa lawatan ke KL tuu. Bak kata boy, lawatan sambil laghaaaaaaaa. HAHAHA. Tah papeeee. Yang sedihnyaaa henfon kesayangan aku tuu tinggal di sanaaa. Menangis tak berlagu aku bila balik rumah harituuuu. Nak buat mcm mana, nasi sudah menjadi bubur. Okayy, lepas niii aku janji akan jaga barang aku dengan sebaik-baiknyaaa. Itu sajaa cerita ku mengenai lawatan ke kl. Nak tengok gambar boleh tgok di bawah ni yeee. Byeee u ollssssss.


Sebelum bertolak ke KL bergambar dulu
Sayang korang <3
                                                                 
Kalau bab bergambar no 1, Hahaha 
                                 
Ni la muzium seni, hanya ada dalam UM sahaja

kreatif kan ? 
Woww, cantik betul seni orang ni. Terujaa !
Cuba tengok dinding tu.. kreatif...

Pantang bagi peluang..Tengok lah anak-anak bandar ni..Vandalisme, haha..

Eh, kepala sape tu? Hahaha..
Muka hepi ke lokasi seterusnya... Putrajaya n ICT =)
Cantikkan? Serius terujaa..
Ni sebenarnya geng 5 akaun. Saja ambek gambar kononnya nak tunjuk kan someone. Haha, miss geng 5 akaun =)
                                                                                     
Time ni sebelum masuk muzium seni.. bergambar doluuu...










                                       


Posted by Unknown at 12:37 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

About Me
◕‿◕Call me Akma or Wawa ◕‿◕ 11 Mei 1994 ◕‿◕ Stay Sungai Petani Town

My Beloved Mom ❤

Me and my sistaa yang gedik (◕^^◕)

Bestfriend

Bestfriend
Farah n me

Bestfriend

Bestfriend
Shuhada n me

Bestfriend

Bestfriend
Me n Tehah (tea ais )

Blog Archive

  • ▼  2013 (9)
    • ►  December (1)
    • ▼  October (4)
      • MASA HADAPAN ....
      • TERSENTAP !
      • PENGGANTI BARU ??
      • TRIP TO KL
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  December (6)

Terima Kasih

Terima Kasih

Followers

SiMataLayu.blogspot. Travel theme. Powered by Blogger.
I LOVE BLOG SI MATA LAYU