-->

Si Mata Layu Story

HELLO STALKER ! WATCH OUT !

Monday, 23 December 2013

VACATION END...

Assalamualaikum....

Hi uolssss. Sihat ? Dah makan? Dah tidur ? Dah bercuti ? Ehh, banyak tanya pulak. Hehe, almaklum laa dah lama tak jenguk blog ni. Rindu laa kat para stalker cheqq. Haaa, hari ini tetiba terasa nak hapdatee belogg. Kebetulan mood tengah baik sekarang nih. Tak lama lagi tahun 2013 akan pergi dan akan digantikan dengan 2014. 7 days more from now. Macam tak percaya je, macam tak percya je.Memandangkan tahun baru akan tiba tak lama lagi, so ape azam korang? Kalau aku tak payah tanya laa, sebab tak fikir lagi. Hahaha.. Apa aku nak cerita harini ? Aku nak habaq yang masa bercuti aku sudah tamat. Hal ini disebabkan , adik adikku akan ke sekolah tidak lama lagi. Hmm, seriusly memang tak puas bercuti with family. Kalau nak lagi tunggu tahun depan pulak laa. Tengok2 aku pulak yang takde cuti. Huhu. Aku nak cerita kat korang apa aku buat masa cuti sekolah ni. 

Okay... awal bulan disember haritu aku dengan keluarga ke Johor sebab kezen aku bakal berkahwin. Kena laa datang sebab tu saudara rapat aku. Memang bahagia waktu tu sebab dapat berkumpul ramai2 dengan sedara rapat. Haa cerita pasal aku kat johor ni, aku ada cerita nak bagitahu kat korang. Selepas majlis bersanding ,pengantin akan buat photoshoot di luar. Sementara tu, cameraman ajak aku dengan kezen yang lain ikut sekali photoshoot sama-sama. Aku ape lagii, kalau dah ada orang nak ambek gambar aku jugak, aku onnnnn je laaa. Hehe. okay continue... Pengantin photoshoot di Dataran ape entahhhh. Lupaaa. Sebelum tu planned bergambar di Sungai Y tapi cancel sebab terlalu ramai orang. Segann pulak kata pengantin. Aku cuma ikut je. Okay, dah sampai ke tempat tersebut, aku diminta membawa guitar ke tempat photoshoot tuu. Mcm ni perbualan aku antara cameraman tu .

Cameraman :Eh, najwa. Takkan lenggang kangkung je. Taknak bawak ni? (sambil tunjuk gitar dalam bonet keretanya)
Aku : Nak kena bawak ke?
Cameraman : Nak ke taknak ?
Aku : Hmmm. Boleh lahh.


Cameraman tu pun terus bagi gitar kat aku suruh bawak. Aku dengan slambernyaa terus lintas jalan sambil main gitar (main takde bunyi, haha). Masa aku lintas jalan tu, aku tak perasan pulak ade sekumpulan laki kat situ. Yang buat aku terkejut masa tu ade sorang laki bersama dua orang anak datang ke arah aku sambil membawa kertas dan pen. Belum sampai dekat aku, laki tadi dengan 2 orang anak patah ke belakang balik.Aku pelik. Lepastu baru aku dapat agak yang laki tadi tuu tersalah orang. Dia ingat gua ni artis *najwa latip* . Payah laa kalau muka ada iras2 ni ( bukan nak bangga, tapi kenyataan xD ).Aku baru teringat yang aku masa tu ada di johor. Najwa latif kan orang johor. Memang sangat laa kalau org kata aku najwa. Then, aku n yang lain terus pergi untuk bergambar dengan pengantin. Masa kitorang pergi tu sempat lagi sekumpulan laki tu kata kat aku " boleh main satu lagu tak ".. Wehh, korang ingat aku ni cd boleh mainkan lagu ke? Aku pegang gitar tuu action je. Hadoiiii. Memang maluu ya rabbi time tu. 2 jam jugak laa sesi bergambar outdoo tuu. Memang susah jadi pengantin.

Okayy, dalam 4 hari di johor , aku n family bergerak pulak ke kl. Sebelum tu singgah ke Nilai dulu sebab mak nak beli karpet. Maklum laa, di sana kan karpet murahh. Okay, lepastu baru ke kl. Sampai di kl dah la malam, nak shopping ke mana memang takde mood. So, abah suggest bermalam di hotel. Sampai je dalam bilik hotel memang tak ingat dunia langsung. Tidur sampai termimpi-mimpi. Hahaha. Keesokkan harinya, baru laa kitorang pergi bershopping. Ni lahh aktiviti yang aku paling sukaaa. Bukan selalu. 1st place di Sogo. Masuk je sogo berduyun-duyun orang beli handbag. Patut laa ramai, ghupenyeee SALES kottt. Aku ape lagi, join sekali laa pilih beg. Hahaha. Akhirnya, aku beli jugakkk. Tak sia-sia datang ke situu. Lepas dah habis shopping, kitorang singgah pulak ke Setiawangsa di mana tempat aku dibesarkan dulu. Seriusly, setiawangsa dah berubah. Memang berbeza dulu dengan sekarang. Dapat jugak aku lepaskan rindu untuk tengok setiawangsa. Tapi yang sedihnya aku tak dapat jumpa dengan kawan lama. Masa tak cukup nak jumpa. Jumpa jiran lamaa pun dah kira okay. Flat melati pun dah berubah. Sekesai melawat Setiwangsa akhirnyaa kitorang pulang ke rumah.

Tak lama beberapa haritu banyak pulak kenduri yang dijemput. Kenduri sedara je. Aku sampai dah jemu makan nasi minyak. Dah naik tembam dah pipi aku.. Tapi tetap comel xD.. Sebelum ni dah plan nak pergi ke Cameron Highland. Memandangkan negeri Pahang mengalami bencana, so abah ambil keputusan cancel plan ke CH. Abah kata '' sediakan payung sebelum hujan ''... So, anak-anaknya pun faham laa. Last bercuti pun ke Johor n Kl je laa. Tahun depan taktahu ke mana pulak. Entah-entah ke Singapore.. Hahaha. Hope so.. Memandangkan bercuti sudah tamat, misi mencari kerja pun sudah bermulaa. Alahaiii, ni yang aku malas bebenor. Dah laa susahhh, malas pulak tuuu. Mudah mudaham dapat laa kerja suatu hari nanti. Amin.... Banyak pulak aku cerita hari ini. Kalau nak diikutkan memang tak puas. Masih banyak cerita lagi nak dikongsikan disini. Tapi jari terasa berat pulak nak sentuh keyboard lappy ni. Huuaarrggggg. Mengantuk sudahhh. Jam sekarang menunjukkan pukul 2 pagi. Okay, masih awal lagi (mentang-mentang sekolah dah habis ). Setakat ni je laaa cerita yang aku share kat engkorang. Masuk tahun baru nanti aku cerita lagi yaaa. Byeeee sayang semuaaaaaaa. I love you stalker <3
Posted by Unknown at 10:28 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

About Me

About Me
◕‿◕Call me Akma or Wawa ◕‿◕ 11 Mei 1994 ◕‿◕ Stay Sungai Petani Town

My Beloved Mom ❤

Me and my sistaa yang gedik (◕^^◕)

Bestfriend

Bestfriend
Farah n me

Bestfriend

Bestfriend
Shuhada n me

Bestfriend

Bestfriend
Me n Tehah (tea ais )

Blog Archive

  • ▼  2013 (9)
    • ▼  December (1)
      • VACATION END...
    • ►  October (4)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (6)
    • ►  December (6)

Terima Kasih

Terima Kasih

Followers

SiMataLayu.blogspot. Travel theme. Powered by Blogger.
I LOVE BLOG SI MATA LAYU